Pendaftaran akaun ASB kini sudah boleh dilakukan secara atas talian(online). Ramai sebelum ini menangguhkan hasrat untuk mendaftar apabila terfikir perlu ke cawangan semata-mata untuk mendaftar.
Namun, dengan inisiatif pihak ASNB ini akan memudahkan orang ramai mendaftar di mana - mana sahaja dengan hanya menggunakan telefon pintar dan internet masing-masing.
Apakah Maksud ASB & ASNB?
ASB ialah Amanah Saham Bumiputera. Merupakan satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB pula ialah Amanah Saham Nasional Berhad iaitu anak syarikat daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Bagi yang masih baharu dalam dunia pelaburan, ASB adalah platform yang baik kerana risikonya yang rendah dan sesuai menjadi tempat simpanan kecemasan.
Cara Buka Akaun ASB Secara Online
Imej: Pengumuman Aplikasi mudah alih myASNB
Untuk mendaftar akaun ASB secara online adalah menggunakan aplikasi myASNB.
Aplikasi myASNB
myASNB ialah sebuah portal dan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak ASNB untuk pelabur menguruskan pelaburan mereka secara online.
Portal dan aplikasi ini juga digunakan untuk membuka akaun ASB pertama kali.
Mendaftar Akaun ASB / Pendaftaran ASNB di myASNB
Berikut merupakan langkah mendaftar:
Imej: Muat Turun (Download) Aplikasi myASNB
Muat turun (download) aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store.
Langkah Mendaftar
Selesai memuat turun aplikasi, buka aplikasi dan daftar akaun.
Post a Comment
0 Comments