Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi 2024/2025
Selepas pengumuman keputusan SPM 2023 pada 27 Mei 2024 lalu, pemohon boleh mula mengemaskini program pengajian yang LAYAK dan BERSESUAIAN dengan keputusan yang diterima.
Tarikh Kemaskini UPU Sesi 2024/2025
Fasa Kemaskini UPU:
Fasa 1:
- Bagi pemohon yang telah mengisi permohonan pada fasa 1, tapisan automatik program pengajian telah dilakukan mengikut keputusan SPM sebenar calon yang diperoleh baru-baru ini.
- Ini bermakna hanya program pengajian yang Layak dimohon sahaja terpapar pada pilihan program.
- Tapisan ini disediakan kepada calon dalam Kategori A sahaja itu calon SPM 2023 (Tahun Semasa)
Fasa 2:
- Bagi pemohon yang mengisi permohonan pada fasa 2, tiada tapisan automatik seperti di fasa 1.
- Oleh itu, pemohon dalam kategori ini perlu membuat SEMAKAN SYARAT KHAS program pengajian di e-panduan (https://online.mohe.gov.my/epanduan/) sebelum membuat pilihan mana-mana program.
- Ini untuk memastikan keputusan SPM pemohon layak untuk memohon program yang dimahukan.
Cara Kemaskini UPUOnline
- Pemohon boleh melakukan pengemaskinian melalui laman rasmi https://upu.mohe.gov.my/
- Pilih bahagian 'UPUOnline'
- Kemudian Log Masuk seperti biasa
- Pilih bahagian kemaskini pilihan program
- Kemudian kemaskini program
- Setelah selesai, klik butang 'sah' dan 'hantar'
- Jawatan Kosong CAAM Jun 2024 ~ Pegawai Kawalan Trafik Udara
- Jawatan Kosong KKM Ambilan Jun 2024 ~ 58 Kekosongan Jawatan!
- Jawatan Kosong BOMBA Ambilan Jun 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya (KKR) Ambilan Jun 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Jawatan Kosong JPJ Ambilan Jun 2024 ~ Minima Kelayakan SPM!
Kelayakan Memohon UPU Sesi 2024/2025
1) Lepasan SPM/Setaraf
- SPM tahun semasa (Kategori A)
- SPM bukan tahun semasa seperti tahun sebelum semasa (Kategori B)
2) Lepasan STPM/Setaraf
- Kategori A: Aliran Sastera
- Kategori S: Aliran Sains
- Kategori N: Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P: Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U: Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L: Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K: Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J: Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
- Kategori G: Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik
- Kategori E: DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Luar Negara / Lain – lain kelayakan
- Kategori F: Kelayakan Setaraf seperti A-level / IBD / Sekolah Sukan / STPM (bukan tahun semasa), Matrikulasi KPM (bukan tahun semasa), STAM (2 tahun sebelum tahun semasa), AUSMAT / SAM / ADFP / Foundation IPTS
- Kategori T: Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja
Post a Comment
0 Comments