MGID ads

Jawatan Kosong SESB Ambilan Jun 2024 ~ Mohon Sekarang!


Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Jabatan: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Profil Korporat SESB:

Sabah Electricity Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1998, merupakan anak syarikat 80% milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 20% oleh Kerajaan Negeri Sabah. Ia adalah utiliti bersepadu yang menyediakan perkhidmatan penjanaan, penghantaran dan pengedaran di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Dengan tanggungjawab menjana utiliti di Sabah, SEBS komited untuk terus membangunkan infrastruktur elektrik di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui sistem penjanaan, penghantaran dan pengedaran. 

Grid Sabah terdiri daripada 66kV, 132 kV, dan 275 kV yang menghubungkan semua bandar utama di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. SESB terus menggunakan pendekatan inovatif kepada kemajuan teknologi dan untuk menyokong permintaan elektrik yang semakin meningkat, pelbagai projek penjanaan, penghantaran dan pengedaran akan dilaksanakan. 

SESB berharap untuk terus memberi khidmat kepada pelanggan dengan inovasi terkini dan baharu dalam menaik taraf dan memberikan bekalan elektrik selaras dengan slogan "Your Light Our Pride".

Imej: SESB

.


Jawatan Yang Ditawarkan:

Imej: Iklan Rasmi Jawatan SESB Jun 2024

  • PENGURUS KANAN (E14/15)

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 26 JUN 2024 (RABU)
Baca Juga:

Syarat Umum Jawatan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan atau lain-lain bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Lulus Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan atau Ekonomi;
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  • Berpengalaman dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan pihak Kerajaan dan pihak Kawal Selia;
  • Memiliki kemahiran yang tinggi dalam bahagian pengurusan projek dan insan.


Tugas Jawatan:

(Rujuk iklan penuh jawatan dibawah)

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat melalui laman rasmi SESB

  • Log Masuk akaun di laman rasmi untuk memohon.
  • Kepada yang belum mempunyai akaun, diminta melalukan pendaftaran sebelum log masuk dan memohon.

Imej: Keratan Laman Rasmi SESB

LAMAN RASMI SESB: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments