MGID ads

Subsidi Diesel: Permohonan Pembayaran Semula Sementara Penerima SKDS 2.0



Pengenalan Mekanisme Interim Pembayaran Semula

Kerajaan telah membangunkan mekanisme interim pembayaran semula kepada penerima SKDS 2.0 melalui pembayaran secara tunai bagi yang belum mendapat Fleet Card.

Mekanisme ini adalah satu kaedah yang sementara untuk menampung harga runcit diesel yang baharu iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 adalah sebanyak RM2.15 seliter.

Imej: Siaran Media Menteri Kewangan


Syarat Kelayakan Permohonan:

  • Penerima SKDS 2.0
  • Belum menerima Fleet Card
Bagi yang tergolong dalam kedua-dua kategori diatas, anda layak untuk memohon pembayaran semula ini.


Cara Melakukan Permohonan:

Imej: MOF 2024

Bagi yang belum menerima Fleet Card, dikehendaki menyimpan semua Resit Pembayaran semasa pembelian diesel untuk tujuan audit.

Baca Juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka pada 01 Julai 2024 (Isnin).

Penerima SKDS 2.0 & Fleet Card

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi atau SKDS 2.0, adalah sebuah program subsidi diesel yang dilancarkan oleh kerajaan untuk membolehkan pengangkutan yang layak terus menerima subsidi selepas penyasaran subsidi dilakukan kerajaan baru-baru ini. 

Bagi yang telah memohon dan mendapat kelulusan, Fleet Card akan diberikan melalui stesen minyak terpilih. Fleet Card ini kemudian digunakan untuk menerima subsidi ketika pengisian minyak. Tetapi mereka yang belum menerima Fleet Card, mekanisme di atas diperkenalkan untuk membantu.

PERMOHONAN SKDS 2.0:

Imej: Mohon SKDS 2.0


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments