MGID ads

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2024/2025



Semakan permohonan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025 telah diumumkan dan semua calon yang telah memohon boleh membuat semakan.

Semakan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025:

Imej: Semakan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025

Bagi yang telah melakukan permohonan di Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini, anda boleh melakukan semakan bermula dari 20 Jun 2024 di laman web rasmi iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm

Cara Melakukan Semakan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025:

Imej: Keratan Laman Rasmi Semakan Kemasukan Program Matrikulasi

Di laman rasmi tersebut, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan calon dan Kata Laluan untuk semakan.

Calon Yang Berjaya ke Program Matrikulasi Sesi 2024/2025:

Tahniah untuk calon yang berjaya mendapat tempat ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2024/2025.

Calon yang berjaya dikehendaki menyediakan senarai dokumen seperti di bawah melalui laman rasmi semakan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej yang ditempatkan mengikut tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Antara dokumennya adalah seperti berikut:
  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

.


Rayuan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025:

Calon yang tidak berjaya masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan permohonan iaitu dibuat secara terus melalui laman rasmi selepas melakukan semakan permohonan.

Imej: Soalan Lazim Matrikulasi 


Baca Juga:

Tarikh-Tarikh Penting Program Matrikulasi Sesi 2024/2025:

Berikut merupakan perjalanan tarikh-tarikh penting permohonan Program Matrikulasi untuk rujukan calon.

Imej: Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025


Senarai Matrikulasi di Malaysia

Malaysia mempunyai sebanyak 17 Kolej Matrikulasi di seluruh negeri. Berikut merupakan Senarai semua matrikulasi yang terdapat di dalam negara.

No.

Kolej/Institusi                                                                                             

1.

Kolej Matrikulasi Melaka

Kementerian  Pendidikan Malaysia,

78300 Masjid Tanah, Melaka.

2.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia,

72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

3.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kementerian Pendidikan Malaysia,

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

4.

Kolej Matrikulasi Perlis

Kementerian Pendidikan Malaysia,

02600 Arau, Perlis.

5.

Kolej Matrikulasi Labuan

Kementerian  Pendidikan Malaysia,

Jalan OKK Daud, Merinding,

Peti Surat 81735,

87027 Wilayah Persekutuan Labuan.

6.

Kolej Matrikulasi Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Jalan Payamas,

84900 Tangkak, Ledang, Johor.

7.

Kolej Matrikulasi Perak

Kementerian  Pendidikan Malaysia,

31600 Gopeng, Perak.

8.

Kolej Matrikulasi Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia,

06010 Changlun, Kedah.

9.

Kolej Matrikulasi Pahang

Kementerian Pendidikan Malaysia,

26300 Gambang, Pahang.

10.

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.

11.

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Kementerian  Pendidikan Malaysia,

26400 Bandar Jengka, Pahang.

12.

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia,

KM 5, Jalan Kukup,

Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.

13.

Kolej Matrikulasi Selangor

Kementerian  Pendidikan Malaysia,

Kathong Mukim Jugra,

42700 Banting, Selangor.

14.

Kolej Matrikulasi Kelantan

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Beg Berkunci No. 3,

16810 Selising, Kelantan.

15.

Kolej Matrikulasi Sarawak

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Lot 216, Fasa II,

Taman Perindustrian Sejingkat,

Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.

16.

Kolej MARA Kulim

Jalan Junjong,

09000 Kulim, Kedah.

17.

Kolej MARA Kuala Nerang

Lot 556, Daerah Padang Terap,

06300 Kuala Nerang, Kedah.


Untuk maklumat lanjut berkenaan alamat penuh, emel dengan laman web rasmi setiap kolej matrikulasi boleh rujuk di https://www.moe.gov.my/senarai-matrikulasi

Bantuan Pendidikan Pelajar Matrikulasi:

Imej: Soalan Lazim Matrikulasi

Bantuan pendidikan diberikan kepada semua pelajar matrikulasi yang memenuhi syarat iaitu pendapatan isi rumah berjumlah RM10,000.00 dan ke bawah sebanyak RM1,250.00 setiap semester.

Maklumat Lanjut Berkaitan Matrikulasi:

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035

Layari pautan berikut semakan matrikulasi dan maklumat lanjut: https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Calon!

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments