MGID ads

Cara Memohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2024


Pengumuman penting buat semua pelajar-pelajar berstatus Bumiputera Sabah yang sedang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kerajaan Negeri Sabah ada menyediakan bantuan komputer riba secara percuma 2024.

Pengenalan Inisiatif BAIK

BAIK iaitu Bantuan Ihsan Komputer ialah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar Sabah yang sedang menyambung pengajian di IPT.

Bantuan ini iaitu pemberian komputer riba secara percuma diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan untuk tujuan pembelajaran.

Imej: Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)


Syarat Permohonan BAIK:

  • Permohonan iaitu Pelajar IPT adalah berstatus Bumiputera Sabah
  • Satu Komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja
  • Permohonan hendaklah disertakan:
  1. Surat Beranak (Pemohon & Ibu Bapa)
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & Ibu bapa)
  3. Slip Gaji Ibu bapa/Surat Pengesahan Bekerja (disahkan pegawai daerah)
  4. Surat Tawaran kemasukan ke IPT 
  5. Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih
  • Memberikan justifikasi tentang keperluan komputer riba.


Baca Juga:


    Cara Memohon BAIK:

    Permohonan dilakukan secara dalam talian di laman rasmi dibawah:
    Imej: Keratan Laman Web BAIK 2024
    • Klik "Permohonan" seperti contoh diatas.
    Imej: Keratan Laman Web Permohonan
    • Log masuk ke laman web untuk memohon.
    • Bagi yang belum mempunyai akaun atau belum daftar, daftar dengan "klik disini" pada laman bahagian atas.
    • Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen telah dimuat naik dengan lengkap.

    Maklumat Lanjut BAIK:

    Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi:

    PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
    (TUGAS-TUGAS KHAS)
    JABATAN KETUA MENTERI
    Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu,
    Sabah.

    Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890

    Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati.

    Kongsikan artikel ini jika bermanfaat kepada golongan pelajar yang memerlukan.

    SALAMKERJAYA.COM

    Post a Comment

    0 Comments