MGID ads

Jawatan Kosong MARA Julai 2024 ~ Gaji Bermula RM2,418.00

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Julai 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat: Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Tentang MARA:

Sejarah MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Majlis Amanah Rakyat ialah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditubuhkan pada 01 Mac 1966, sebagai sebuah badan berkanun korporat oleh Akta Parlimen hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965.

MARA memikul tanggungjawab untuk membangunkan, menggalakkan, memudahkan dan melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan masyarakat dengan tumpuan di kawasan desa.

Visi Korporat MARA

Menjadi sebuah organisasi amanah yang cemerlang dan menjunjung dasar negara.

Misi Korporat MARA

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera.


Jawatan Yang Ditawarkan MARA:

Imej: Iklan Rasmi Jawatan Kosong MARA Julai 2024
  • PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
  • PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
  • PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Tarikh Tutup Permohonan MARA:

  • 31 JULAI 2024 (RABU)

Baca Juga:

Syarat Umum Jawatan MARA:

Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) Julai 2024.

Pemohon yang memiliki kelebihan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kemas
  • Berpengetahuan am
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain
Kelebihan:
  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit dan lain-lain

Syarat Khas Jawatan MARA:

  • (Rujuk Syarat Khas & Kelayakan Khas Setiap Jawatan dibawah)

Cara Memohon Jawatan MARA:

Teliti arahan permohonan dibawah:

  • Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
  • Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut:

  1. Portal rasmi MARA: www.mara.gov.my; atau
  2. Facebook : https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat; atau
  3. Instagram : https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat; atau
  4. X : https://x.com/maragov

IKLAN RASMI JAWATAN MARA: TEKAN DISINI

Selamat Memohon!
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments