MGID ads

Kursus Kecerdasan Buatan (AI) UTM 2024 ~ Percuma dan Sijil Pencapaian


Sebuah Kursus Kecerdasan Buatan (AI) ditawarkan secara PERCUMA oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Mengetahui kepentingan ilmu AI pada zaman sekarang, orang ramai berpeluang mengenali dan mengikuti kursus berkaitan AI tanpa bayaran!

Tentang Kursus AI UTM:

Kursus Kecerdasan Buatan (AI) UTM Dalam Pendidikan ini ialah sebuah kursus yang dijalankan melalui platform Massive Online Open Course (MOOC) UTM. 

Kursus ini akan memberi pengenalan, penjelasan dan pengajaran berkaitan Kecerdasan Buatan (AI). Dengan menggunakan platform MOOC ini, akses kepada kursus akan lebih mudah dan fleksibel.

Imej: Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan

Video: Promosi Kursus AI UTM



Kaedah & Kandungan Kursus AI UTM:

Kaedah kursus ini ialah pembelajaran dalam talian selama tempoh 5 jam kredit dan mempunyai Modul dan juga Kuiz yang akan dijawab.

Modul Pembelajaran:
  • Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan
  • Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan
  • Aplikasi Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan
Imej: Pecahan Modul Kursus AI UTM (Sumber: FB Mohd Fazure)


Kelebihan Mengikuti Kursus AI UTM:

  • PERCUMA - Mereka yang mengikuti tidak perlu mengeluarkan sebarang kos
  • FLEKSIBEL -  Kursus boleh diikuti bila-bila masa sahaja secara atas talian
  • SIJIL PENGIKTIRAFAN - Paling Menarik mereka yang mengikuti akan menerima sijil khas UTM
  • ILMU PENGETAHUAN - Kelebihan utama adalah ilmu pengetahuan yang akan diperoleh ketika mengikuti kursus ini. Hal ini kerana ilmu berkaitan AI boleh dikatakan satu keperluan penting masa kini.


Baca Juga:

Cara Mendaftar Kursus AI UTM:

Cara untuk mendaftar kursus ini juga amatlah mudah. hanya beberapa langkah yang perlu diikuti:
  • Layari laman web https://mooc.utm.my/
  • Di laman web tersebut, cari dan klik "courses"
  • Pilih Kursus Kecerdasan Buatan Dalam Pendidikan (Kemudian klik "Find Out More)
  • Kemudian Klik "Join Now"
  • Anda perlu log masuk atau daftar akaun buat pertama kali.
  • Setelah mendaftar, anda akan menerima emel dan lengkapkan semua maklumat
  • Kemudian kembali semula ke platform dan "Join Kursus" tersebut.
Untuk lebih mudah difahami, rujuk video rasmi yang cara untuk mendaftar kursus dibawah yang disediakan oleh UTMCDex.

Video: Cara Mendaftar Kursus AI UTM

Selamat Mendaftar dan belajar!

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments