MGID ads

MyKid 2024: Langkah Memohon & Semakan Pengesahan


Pengumuman Rasmi JPN

Berdasarkan pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan MyKid akan dibuka semula bermula 29 Julai 2024 (Isnin). 

Imej: Kenyataan Rasmi JPN Tentang MyKid

Apa itu MyKid:

MyKid merupakan kad pengenalan mempunyai cip khas yang dikeluarkan kepada kanak-kanan berumur 12 tahun kebawah. MyKid lebih kurang sama macam MyKad cuma bezanya MyKid tidak mempunyai gambar dan cap jari. 

'My' membawa makna 'Malaysia' manakala 'Kid' pula untuk 'Kad Identiti Diri'.

Imej: Sampel MyKid

3 Aplikasi Cip dalam MyKid

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Permohonan Baharu MyKid Dibuka:

Permohonan dibuka kembali bermula 29 Julai 2024 (Isnin) disemua pejabat JPN.  Semua kanak-kanak warganegara Malaysia dibawah umur 12 tahun layak memohon.

Dokumen yang diperlukan:
  • Sijil Kelahiran Malaysia/Borang W(asal)
  • Dokumen Pengenalan Diri Pemohon (Ibu/bapa)

Baca Juga:

Permohonan Lama MyKid (Tertunda):

Bagi yang telah melakukan permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun telah ditunda atas faktor tertentu seperti kekurangan cip bagi kad mentah seperti dinyatakan oleh JPN,  

Pemohon diminta untuk melakukan semakan pengesahan sebelum hadir membuat kutipan atau pengambilan di Pejabat JPN yang dipilih.

Semakan Pengesahan MyKid:

Imej: Keratan Laman Rasmi Semakan MyKid JPN

Untuk membuat semakan pengesahan untuk permohonan sebelum ini, sila ke laman rasmi JPN untuk proses semakan iaitu di https://spcmykid.jpn.gov.my/

Tempoh untuk membuat semakan ini adalah selama tiga (3) bulan bermula 29 Julai 2024 (Isnin) sehingga 31 Oktober 2024 (Khamis).

Selepas tempoh ini, permohonan MyKid adalah terbatal dan permohonan perlu dibuat semula.

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments