MGID ads

Pasport Malaysia: Cara & Panduan Mudah Memohon Pasport Kali Pertama


Pengenalan Passport Malaysia:

Passport Malaysia adalah satu dokumen yang berbentuk buku yang mana ia digunakan sebagai Dokumen Perjalanan yang sah dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk ke luar negara.

Imej: Contoh Passport Malaysia

Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk buat pasport  ini dan mengemukakan permohonan.

Cara Memohon Pasport Malaysia Kali Pertama:

Permohonan dilakukan dengan cara:

  • Pemohon perlu hadir ke pejabat pasport dan melakukan permohonan di kaunter
  • Pemohon berusia di bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga yang sah
Berikut disenaraikan Pejabat Pengeluar Pasport mengikut negeri:

Negeri

Pejabat Pengeluar

UTC

 

Kedah

Alor Setar

UTC Alor Setar

 

Langkawi

Bukit Kayu Hitam

UTC Sungai Petani

Kulim

 

Perlis

Kangar

UTC Perlis

Terengganu

Besut

UTC Kuala Terengganu

Kelantan

 

UTC Kota Bharu

Pulau Pinang

Seberang Jaya

 

George Town

Perak

Ipoh

UTC Ipoh

 

Taiping

 

Teluk Intan

 

Pengkalan Hulu

 

Lumut

 

Selangor

PKNS Shah Alam

UTC Shah Alam

 

Kelana Jaya

 

Kuala Langat

 

Pelabuhan Klang

 

Kajang

 

Kuala Kubu Baru

 

Puchong

 

Kuala Selangor

 

Pahang

Temerloh

Raub

UTC Kuantan

Cameron Highland

 

Temerloh

 

 

 

 

 

 

Johor

Johor Bahru - Setia Tropika

 

Batu Pahat

Kukup

Segamat

Mersing

Muar

Kulai Jaya

Kluang

Kuala Lumpur

Jalan Duta

UTC Pudu

Wangsa Maju

UTC Sentul

UTC Keramat

Putrajaya

Menara Ikhlas

 

 

Sabah

Kota Kinabalu

UTC Kota Kinabalu

 

Sandakan

UTC Keningau

 

Lahad Datu

UTC Tawau

 

 

 

Sarawak

Kuching

UTC Kuching

 

Lawas

UTC Miri

 

Limbang

UTC Sibu

 

Sri Aman

 

Bintulu

W.P Labuan

 

UTC Labuan


Mereka yang ingin buat pasport Malaysia boleh mengunjungi UTC terdekat mengikut negeri seperti disenarai dijadual di atas.

Dokumen Diperlukan Pemohon Pasport Malaysia Mengikut Umur:

Terdapat 2 kategori pemohon mengikut umur iaitu 18 tahun KEATAS dan 18 tahun KEBAWAH dan dokumen yang diperlukan mengikut status dan kategori kelahiran.

A) Pemohon yang Berumur 18 TAHUN KEATAS

Imej: Jadual Dokumen Diperlukan Pemohon ATAS 18 Tahun


B) Pemohon yang Berumur 18 TAHUN KEBAWAH

Imej: Jadual Dokumen Diperlukan Pemohon BAWAH 18 Tahun

PERHATIAN:

Bagi pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Institut Pengajian Tinggi  (IPT) di luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
  • Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa/tajaan.
  • Resit bayaran yuran pendaftaran dan;
  • Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)
Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengemukakan bukti Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.


Baca Juga:

Perincian Gambar Pasport Malaysia:

Imej: Saiz Gambar Pasport (Sumber, Jabatan Imigresen Malaysia)

  • Gambar akan diambil di bahagian pasport menggunakan alat Facial Live Capture
  • Pemohon perlu untuk memakai pakaian berwarna gelap dengan menutupi bahu dan dada
  • Memandang tepat ke arah kamera, mata terbuka jelas dan mulut pula tertutup
  • Tidak memakai sebarang topi/ rambut tidak melindungi muka dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
  • Pemakaian cermin mata tidak dibenarkan dan perlu dibuka semasa mengambil gambar
  • Pemohon yang memakai tudung hendaklah memakai tudung yang mempunyai warna yang gelap dan tidak bercorak (plain).

CATATAN
Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun:
  • Satu keping gambar bersaiz (35mm x 50mm) berlatar belakang warna PUTIH tanpa bayang.
  • Saiz wajah atau muka pasport berukuran minima (25-30mm) (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)


Bayaran Pasport Malaysia:

Berikut merupakan jumlah bayaran mengikut beberapa kategori:
  • PEMOHON BIASA (13 TAHUN - 59 TAHUN) - RM200.00
  • WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS) - RM100.00
  • KANAK-KANAK (12 TAHUN KE BAWAH) - RM100.00
  • PELAJAR MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (21 TAHUN KE BAWAH) - RM100.00
  • JEMAAH HAJI (SURAT TAWARAN DARI LEMBAGA TABUNG HAJI) - RM100.00
  • ORANG KELAINAN UPAYA - PERCUMA
Kaedah pembayaran adalah menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit.

Maklumat Am Pasport Malaysia:

  • Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (A/P) bagi kaum India dan bukan islam dimuka surat utama pasport Malaysia telah pun dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat ‘PEMERHATIAN / OBSERVATION’.
  • Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, MyKad ibu atau bapa adalah diperlukan.
  • Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas TIGA (3) bulan dari Tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan juga dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan tetapi memerlukan pasport hendaklah mengemukakan suatu permohonan baru mengikut proses biasa serta bayaran.
  • Tidak ada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak termasuk bayi yang baru dilahirkan sudah perlu memohon secara berasingan.
  • Berdasarkan akta Penjagaan Kanak-kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999). Ibu kini sudah boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.
  • Pasport yang telah dilaporkan hilang dan dijumpai semula tidak boleh lagi digunakan dan maklumat akan disalurkan kepada pihak INTERPOL.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments