MGID ads

SKSPS PERKESO 2024 ~ Syarat Kelayakan & Manfaat/Faedah

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ialah skim yang menyediakan perlindungan Bencana Pekerjaan Sendiri kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

Pengenalan SKSPS

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menyediakan perlindungan Bencana Pekerjaan Sendiri kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789). 

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Ini termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya. Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Kemudian 1 Januari 2020, tambahan 19 sektor lain menjadikannya 20 sektor.

Sektor-Sektor Perlindungan SKSPS:

  • Pengangkutan Penumpang
  • Pengangkutan Barangan atau Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Makanan
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Ejen
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
  • Penjaja


Baca Juga:

    Syarat Kelayakan SKSPS:

    • Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap tanpa mengira had umur; dan
    • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dan mendapat upah

    Dokumen Diperlukan SKSPS:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan lesen/kad pemandu/profil e-hailing/permit/sijil atau surat pengesahan daripada persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

    Jadual Pilihan Caruman SKSPS:

    Pelan

    Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan

    Bayaran Caruman Bulanan

    Bayaran Caruman Setahun

    1

    RM1,050.00

    RM13.10

    RM157.20

    2

    RM1,550.00

    RM19.40

    RM232.80

    3

    RM2,950.00

    RM36.90

    RM442.80

    4

    RM3,950.00

    RM49.40

    RM592.80



    Faedah - Faedah Disediakan SKSPS:


    Jadual Pengiraan Bayaran Faedah SKSPS:


    Cara & Pembayaran Caruman SKSPS:

    Pembayaran caruman dilakukan secara bulanan di Portal https://matrix.perkeso.gov.my/
    • Rujuk Panduan Mencarum DISINI
    • Risalah Terkini SKSPS (update Julai 2024) DISINI
    Imej: Keratan Risalah SKSPS 2024

    Maklumat Lanjut SKSPS:

    • Layari Laman Rasmi SKSPS PERKESO DISINI untuk sebarang maklumat lanjut.

    Semoga artikel ini bermanfaat.
    SALAMKERJAYA.COM

    Post a Comment

    0 Comments