MGID ads

48 Juta 'Subscriber' Dalam 5 Hari! Ini Kiraan Pendapatan Ronaldo Di Youtube


Cristiano Ronaldo atau gelaran ikoniknya CR7 tidak asing lagi dalam dunia bola sepak dan juga dunia media sosial. Beliau bukan sahaja ditonton oleh ribuan orang di stadium tetapi turut diikuti oleh jutaan di media sosial. 

Beliau mempunyai jumlah 'follower' yang mencecah jutaan orang di beberapa platform seperti Facebook (170 juta), Instagram (637 juta) dan X(112 juta).

Baru-baru ini beliau telah melancarkan akaun Youtubenya secara rasmi. Akaun Youtube beliau yang baru berusia 5 hari tersebut telah mendapat 48 juta 'subscriber' setakat ini! Iya 48 juta dalam masa 5 hari!

Akaun Youtube Cristiano Ronaldo:

Ronaldo telah mengumumkan penciptaan akaun Youtube bernama UR Cristiano di laman rasmi Facebook beliau seperti gambar di bawah:

Imej: Facebook Cristiano Ronaldo

Rekod tercipta apabila beliau telah berjaya mengumpul lebih 1 juta 'subscribers' hanya dalam masa satu jam sahaja selepas dilancarkan.

Dalam hari pertama iaitu 24 jam selepas akaun dibuat, beliau telah mendapat seramai 21 juta 'subscribers'.

Ronaldo mendapat jumlah 'subscriber' terpantas dalam sejarah dan dikatakan sedang menyaingi seorang Youtuber terkenal iaitu Mr Beast yang sekarang mempunyai 312 juta subsribers.

'Content' di Akaun Youtube Ronaldo:

Setakat hari ini Ronaldo sudah mempunyai 21 video yang di upload. Jenis -jenis video atau 'content' beliau ialah tentang dirinya, aktiviti yang beliau lakukan dan bermacam lagi. 

Kesemua video telah mencapai jutaan tontonan atau 'viewer'. Berikut disenaraikan video Top 3 dengan tontonan terbanyak setakat ini:

Video 1 (43 juta tontonan)

Title: A golden Button For My Golden Kids


Video 2 (40 juta tontonan)

Title: Discover EVERTHING About Us. Who will win?

Video 3 (31 juta tontonan)

Title: When I meet the most famous Cristiano

.


Ronaldo Penerima Golden Button Youtube Terpantas:

Jika lihat video pertama di atas, Ronaldo telah menerima golden button dan menunjukkan kepada anak- anak beliau. 

Golden Button itu diterima pada hari yang sama akaun youtube UR Cristiano miliknya dilancarkan. Ini adalah rekod paling luar biasa yang belum pernah dicapai mana-mana youtuber malah content creator terhandal sekalipun. 

Imej: Ronaldo Menunjukkan Golden Button Kepada Anak-anak beliau


Baca Juga:

Berapa Pendapatan Ronaldo di Youtube:

Selepas mencipta beberapa rekod baharu Youtube dalam beberapa hari, rasanya berapa anggaran pendapatan yang Ronaldo boleh di dapat dari platform ini.

Berdasarkan Thinkific, satu akaun youtube boleh menjana $1-$12 USD per 1000 views. Tapi views atau tontonan yang dimaksudkan adalah tontonan iklan bukannya tontonan video sahaja.

Bagi akaun youtube Ronaldo, jika mengikut konsep diatas, anggaran yang boleh didapat adalah seperti berikut:

Jika $1-$12 = 1000 views,

maka 1,000,000 views = $1000 - $12000 iaitu bersamaan RM4,348-RM52,176

Ini adalah pengiraan secara kasar sahaja. Jika merujuk kepada laman Social Blade , Ronaldo dikatakan boleh menjana $2.4k-37.7k dalam sehari bersamaan RM10,446-RM164,089.

Sebulan pula anggaran pendapatan sekitar $70.6k - $1.1m bersamaan RM307,287 - RM4,787,761.

Imej: Social Blade 

Satu lagi pencapaian terbaik Ronaldo apabila dapat menambah pendapatan baharu daripada platform Youtube. 

Satu saingan hebat buat Youtuber yang lain untuk terus menambah kualiti video atau 'content' masing-masing untuk terus berada di plaftorm ini dan paling penting memberi manfaat kepada penonton.


*Kongsikan artikel ini jika bermanfaat
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments