MGID ads

Bila Kali Pertama SUKMA diadakan? Ini Sejarah Penganjuran SUKMA!


Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah menonton SUKMA kan? Boleh jadi baru tahun ini kita ada nonton sedikit beberapa acara terutama ketika pembukaannya yang penuh gilang-gemilang. Edisi 2024 kali ini diadakan di Sarawak.

Namun, agak-agaknya sudah berapa kali SUKMA diadakan sebelum ini, tahun bila pula kali pertama temasya sukan ini diadakan. Mari sama - sama kita telusuri tentang SUKMA.

Apa itu SUKMA:

SUKMA atau Sukan Malaysia ialah sebuah temasya sukan yang terbesar di Malaysia. Temasya ini dianjurkan oleh Pihak Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri.

SUKMA ini akan menyaksikan perseteruan mengikut negeri di mana atlet akan mewakili negeri mereka dan berentap di acara-acara sukan yang akan dipertandingkan.

Imej: MSN


Cetusan Idea Menganjurkan SUKMA:

Individu yang mencadangkan penganjuran SUKMA ialah Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1983. Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Imej: Berita RTM

.


Tujuan SUKMA diadakan:

SUKMA yang diadakan mempunyai misi atau tujuan iaitu mencungkil bakat-bakat baru yang akan mewakili negara kelak di pentas yang lebih tinggi seperti sukan SEA atau sukan Olimpik.

Selain dengan tujuan untuk meningkatkan mutu sukan diperingkat negeri, sama ada dari segi kualiti pemain remaja sukan mahu pun fasiliti yang disediakan di negeri masing-masing.

Imej: Objektif/tujuan SUKMA


Baca Juga:

Sejarah Penganjuran SUKMA Mengikut Negeri Dan Tahun:

Mengikut kepada sejarah, sudah banyak negeri yang pernah menganjurkan SUKMA. Berikut ialah negeri - negeri yang pernah menganjurkan temasya ini mengikut tahun:
Imej: Penganjuran SUKMA

Temasya sukan ini pertama kali diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah sulung. Kemudian diputuskan SUKMA diadakan setiap dua (2) tahun atau dwitahunan selepas itu iaitu pada tahun yang bernombor genap.

Pada tahun 2010, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPKS) mengambil keputusan baharu menukar penganjuran setiap dua (2) tahun kepada setiap tahun. Majlis Sukan Negara (MSN) ketika itu akan menjadi tuan rumah pada tahun bernombor ganjil. 

Tetapi ia tidak bertahan lama dan usaha itu telah dihentikan pada tahun 2015 atas sebab kos yang tinggi kepada Majlis Sukan Negeri untuk membiayai kontinjen jika SUKMA ini perlu diadakan setiap tahun.

Pada tahun 2020, SUKMA ditangguh akibat COVID-19 dan pada tahun 2022, negeri Johor yang sepatutnya menjadi tuan rumah menyerahkan hak penganjuran kepada Majlis Sukan Negara juga kerana dampak COVID-19.

Mengikut rekod, SUKMA telah diadakan sebanyak 21 kali termasuk SUKMA yang sedang berlangsung tahun ini (2024) di Sarawak.

Sumber: MSN

Rekod Penyertaan SUKMA:

Berikut merupakan rekod penyertaan SUKMA meliputi jumlah sukan, jumlah acara dan juga jumlah kontinjen (atlet dan pegawai):

Imej: Rekod SUKMA 1986-2022

SUKMA Kali Ke-21 Di Sarawak:

Imej: SUKMA Sarawak 2024

Imej: Laman Rasmi SUKMA Sarawak

SUKMA Sarawak ini akan berlangsung dari 17 Ogos 2024 sehingga 24 Ogos 2024 melibatkan 8 daerah iaitu Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Info terkini tentang SUKMA Sarawak yang sedang berlangsung boleh terus layari laman rasmi SUKMA Sarawak

*Kongsikan artikel ini jika bermanfaat
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments