Jawatan Kosong RISDA Estates Ogos 2024 ~ Gaji Bermula RM4,891.00
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat: RISDA Estates Sdn Bhd
Tentang RISDA:
Apa itu RISDA Estates?
RISDA Estates ialah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
RISDA Estates telah ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah sebuah akta iaitu Akta Syarikat 1965.
Ini dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang-ladang RISDA yang telah pun dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).
Tanggungjawab RISDA Estates
RISDA ESTATES bertanggungjawab menguruskan 19 buah Ladang RISDA di seluruh negara.
Keluasan ialah 47,590.05 hektar yang meliputi 35,160.69 hektar kawasan sawit matang,75.40 hektar kawasan sawit muda manakala 3872.54 adalah kawasan dalam proses tanam semula.
Kawasan getah pula meliputi 277.01 hektar kawasan getah matang dan 309.43 hektar kawasan getah muda.
Selain itu, RISDA Estates juga terlibat dalam proses pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.
Jawatan Yang Ditawarkan RISDA Estates:
- PENGURUS LADANG - PENGURUS GRED E3 (PG3)
Tarikh Tutup Permohonan RISDA Estates:
- 02 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
- Pengambilan Perajurit Muda TUDM Dibuka Ogos - Oktober 2024!
- Jawatan Kosong MyIPO Ogos 2024 ~ Gaji Bermula RM2,688.00
- Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Dibuka Ogos 2024
- Jawatan Kosong MARA Ogos 2024 ~ Ambilan Seluruh Malaysia!
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 202/2024 ~ Ambilan Ogos 2024
Syarat Kelayakan Jawatan RISDA Estates:
Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh RISDA Estates Ogos 2024.
- Memiliki ijazah dalam bidang Pengurusan Ladang / Pertanian / Perniagaan Tani yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
- Mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan menjadi keutamaan
- Mempunyai tahap kesihatan baik, tidak menghidap penyakit kritikal dan penyakit berpanjangan
- Terbuka kepada Pengurus (PG4) dan Penolong Pengurus yang menepati syarat
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti tahunan
- Cuti sakit dan lain-lain
Cara Memohon Jawatan RISDA Estates:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
RISDA ESTATES SDN BHD
NO. 31 Jalan Sulaiman 3
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-42704021 / 03-42704022
Sertakan:
- Maklumat Peribadi
- Gambar berukuran passport
- Salinan sijil kelulusan
- Pengalaman kerja
- Sijil-sijil dan dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments