MGID ads

Olimpik Paris 2024: Jenis-Jenis Acara Basikal Trek & Acara Disertai Atlet Malaysia

Apa itu Basikal Trek & Velodrom:

Basikal trek atau sukan berbasikal trek adalah sukan lumba basikal yang diadakan di sebuah dewan khas. 

Dewan khas ini sering dinamakan sebagai Velodrom. Velodrom mempunyai reka bentuk atau ciri yang membolehkan penunggang basikal berlumba dan mengelilingi trek dengan laju. 

Permukaan lantai yang melengkung memudahkan perlumbaan dan aksi potong-memotong ketika perlawanan.

Imej: Contoh Velodrom

Imej: Pembahagian Garisan lantai Velodrom
 

.



Sejarah Basikal Trek Di Pentas Olimpik:

Basikal Trek mula dipertandingkan pada tahun 1896 di mana Athens menjadi tuan rumah di dalam acara yang digelar sebagai Moden Olympic Games yang pertama.

Dalam sejarah sukan olimpik juga, negara perancis berjaya memenangi 41 pingat emas iaitu terbanyak berbanding mana-mana negara.

Untuk pemain basikal trek yang memenangi pingat emas terbanyak pula, adalah individu daripada Great Britain bernama Jason Kenny.

Jason Kenny mengumpul sebanyak tujuh (7) pingat emas dengan total sembilan (9) pingat keseluruhan dalam olimpik.

Imej: Jason Kenny (Kredit Photo: Sky Sport)

Jenis - Jenis Acara Basikal Trek:

Acara di dalam basikal trek boleh dibahagikan kepada format iaitu:

1) Acara Kepantasan/Kelajuan (Sprint Competitions)
  • Sprint
  • Team Sprint
  • Keirin
2) Acara Ketahanan (Endurance Competitions)
  • Individual Pursuit
  • Team Pursuit
  • Madison
  • Omnium


Baca Juga:

Acara Basikal Trek yang Disertai Atlet Malaysia:

Untuk acara basikal trek di Olimpik Paris 2024, atlet Malaysia mengikuti acara Sprint dan Keirin:

Imej: Dato Azizul Hasni Awang
Acara: Sprint dan Keirin

Imej: Muhammad Shah Firdaus Sharom
Acara: Sprint dan Keirin

Imej: Nurul Izzah Izzati Mohd Asri
Acara: Sprint dan Keirin


Format Acara Sprint dan Keirin:

1) Acara Sprint


Acara sprint adalah acara di mana pelumba akan bersaing untuk memenangi perlumbaan secara satu lawan satu.

Acara ini menarik untuk dilihat kerana taktikal tertentu akan digunakan oleh pelumba untuk memenangi perlawanan.

Format acara pecut adalah seperti berikut:

Kelayakan:

Acara bermula diperingkat kelayakan. Peringkat ini, setiap pelumba akan memecut di atas trek secara berseorangan untuk mencatatkan masa terpantas yang dapat dilakukan.

Kemudian hanya 24 pelumba yang mencatatkan masa terpantas akan layak ke pusingan seterusnya.

Pusingan 1/32:

Dalam pusingan ini, 24 pelumba yang layak akan berlumba satu lawan satu mengikut jadual yang ditetapkan. 

Ini bermakna akan ada 12 perlumbaan dan pemenang di setiap perlawanan akan mara ke pusingan seterusnya. Untuk yang tewas akan diberikan peluang kedua yang diberi nama repechages. 

Repechages ini berbeza dari segi format perlumbaan iaitu 3 pelumba akan berlumba dalam satu masa. Setiap seorang pemenang akan mara ke peringkat seterusnya. 

Pusingan 1/16:

Untuk pusingan ini, 16 pelumba akan bersaing satu lawan satu mengikut jadual ditetapkan. 8 lapan pelumba akan mara ke pusingan seterusnya. Yang tewas akan masuk ke 1/16 repechages di mana 4 pelumba yang menang akan mara.

Pusingan 1/8:

Pusingan ini 12 pelumba akan berlumba dan 6 akan mara ke peringkat seterusnya. 

6 yang tewas akan bersaing di repechages dengan dua pusingan iaitu 3 pelumba setiap pusingan. Pemenang setiapnya akan mara.

Setelah itu peringkat seterusnya berlangsung sehingga penentuan pingat.

2) Acara Keirin

Mungkin ada yang pernah melihat ada motosikal di atas trek dan sedang diekori oleh pelumba basikal lain, acara itulah yang dinamakan Keirin.

Imej: Contoh Acara Keirin

Acara keirin terdiri daripada lima (5) peringkat iaitu:
  • Pusingan pertama (5 saringan)
  • Pusingan pertama repechages (4 saringan)
  • Suku Akhir
  • Separuh Akhir
  • Akhir
Motosikal atau namanya pacer akan diekori oleh pelumba kemudian setelah pacer menuruni trek, pelumba akan memulakan perlumbaan dan menambah kelajuan masing-masing untuk memenangi perlawanan.


Jadual & Keputusan Atlet Malaysia:

Untuk acara sprint, Atlet Malaysia Dato Azizul Hasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus telah mengakhiri saingan. Sementara Nurul Izzah Izzati telah mengakhiri acara keirin.

Hanya tinggal acara Keirin lelaki dan Sprint wanita yang menjadi harapan untuk ketiga-tiga atlet Malaysia membutirkan pingat di acara basikal trek di olimpik Paris 2024 kali ini.

Jadual Bermula Acara Keirin Lelaki

Jadual Acara Pecut Wanita

Acara

Tarikh

Waktu Malaysia

Pusingan Kelayakan

09 Ogos 2024

8.00 malam


Tonton Live Acara:


Untuk live, anda boleh tonton secara percuma di aplikasi RTMKlik.

Sokong atlet Malaysia dalam basikal trek!

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments