MGID ads

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 202/2024 ~ Ambilan Ogos 2024

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) Ogos 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/:

Nama Syarikat/Institusi: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Tentang Fungsi Kor / Rejimen Tentera Darat

Tentera Darat mempunyai 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing - masing. Semuanya bergantung kepada bidang tugas dan kepakaran yang dimiliki. 

Merujuk kepada kepakaran, ia boleh dibahagi kepada 3 kelompok:

1. Kelompok Tempur

  • Kelompok ini berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam tempur. Ia terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD). 

Gambar: Logo RAMD, RRD, RS DAN KAD

2. Kelompok Bantuan Tempur

  • Kelompok ini terdiri daripada anggota dan sistem yang membantu Kelompok Tempur secara terus/langsung di dalam tempur. Ia terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

Gambar: Logo RSD, RAJD, RAD, KPTD, KRD

3. Kelompok Bantuan Perkhidmatan

  • Kelompok ini terdiri daripada anggota dan sistem yang membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek logistik, selenggaraan dan lain-lain perkhidmatan pentadbiran. Ia terdiri  daripada Kor dan Rejimen seperti Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). 
Gambar: Logo KJLJD, KPA, KPD, KOD, KKD, KAGAT

4. Askar Wataniah

  • Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang terdiri dari anggota sukarelawan. Ia digelar barisan kedua dalam mempertahankan negara. 
  • Anggota setanding anggota tetap dalam soal kemahiran dan ada yang memilki kepakaran tertentu seperti Telekomunikasi.  

Gambar: Logo Askar Wataniah


Jawatan Yang Ditawarkan TDM:

Imej: Poster Rasmi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 202/2024
  • PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 2O2/2024

Tarikh Tutup TDM:

  • 31 OGOS 2024 (SABTU)

Baca Juga:

Syarat Asas Permohonan Jawatan Perajurit Muda 202/2024:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur - Berumur 18-25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah
  • Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata dan kanta dan tidak rabun warna
  • Pendengaran - Tahap pendengaran baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Fizikal - Tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  • Taraf Kesihatan - Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah dan penyakit kronik.
  • Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah - Tiada rekod lampau berkaitan jenayah

Syarat Fizikal Jawatan Perajurit Muda 202/2024:

1. Tinggi
  • Lelaki - Minima 1.62 m
2. Berat
  • Lelaki - Minima 47.5 kg
3. Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Lelaki - BMI antara 18 hingga 26.9

Kelayakan Akademik Jawatan Perajurit Muda 202/2024:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,564.00]
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,564.00]
  • SPM & SKM Tahap 2 atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,630.00]
  • SPM & SKM Tahap 3 [Gaji Permulaan RM1,696.00]
Nota: Wajib LULUS untuk subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah peringkat SPM/SVM

Cara Memohon Jawatan Perajurit Muda 202/2024:

Anda digalakkan menggunakan browser Chrome atau Firefox. Boleh rujuk panduan pendaftaran baru jika menggunakan browser ini.


Berikut merupakan cara pendaftaran, peringatan penting dan juga boleh menghubungi maklumat tertera jika terdapat sebarang persoalan.


PENDAFTARAN PERMOHONAN: TEKAN DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments