MGID ads

Pengambilan Perajurit Muda TUDM Dibuka Ogos - Oktober 2024!


Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ogos 2024

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat/Institusi: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Peranan TUDM:

TUDM berperanan untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu pasukan angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan. Ini untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara.  Tugas-tugas adalah seperti berikut:

  • Pengawalan Ruang Angkasa - Untuk digunakan bagi sebuah tujuan damai disamping itu untuk menghalang penggunaannya oleh pihak musuh.  Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
  • Aplikasi Kekuatan - Untuk menangani ancaman sama ada di darat ataupun di udara.  Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
  • Peningkatan Kekuatan - Untuk menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan sebuah misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamatkan kombat udara.
  • Ketahanan Kekuatan - Untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan juga sokongan pangkalan bagi memberi sokongan dan perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

Visi dan Misi TUDM:

  • Visi - Kuasa Udara Yang Unggul
  • Misi - Untuk Mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan.


Jawatan Yang Ditawarkan TUDM:

Imej: Poster Rasmi Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 69/25
  • PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA TUDM SIRI 69/25 (LELAKI/WANITA)

Tarikh Tutup Permohonan TUDM:

  • 15 OKTOBER 2024 (SELASA)

Baca Juga:

Syarat - Syarat Kelayakan TUDM:

  • Lelaki dan wanita warganegara Malaysia
  • Berumur 18-25 tahun
  • Lepasan SPM atau SVM
  • Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3
  • Lepasan diploma dari Politeknik/Universiti Awam/Universiti Swasta
*Rujuk syarat-syarat lain melalui poster diatas

Cara Memohon Jawatan TUDM:

Permohonan boleh dilakukan dengan scan QR CODE dibawah atau terus layari laman web rasmi TUDM di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

Imej: QR CODE Permohonan

Pendaftaran untuk permohonan kali ini dibuka bermula 15 Ogos 2024.

PERINGATAN DARI PIHAK TUDM: 
Seksyen kerjaya dan pengambilan TUDM tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pemohon yang berhasrat menyertai kerjaya di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan taktik “scammer” atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil wang dengan cara yang salah.

Selamat memohon!

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments