MGID ads

Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Dibuka Ogos 2024


Iklan PDPP Tahun 2024: Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Tahun 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Institusi: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Tentang PDPP:

Imej: Pengambilan PDPP 2024

Keterangan Program PDPP

Nama Program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Mod Program: Sepenuh Masa

Pelaksanaan: Perdana

Interaksi Kuliah: Bersemuka sepenuhnya di kampus

Tujuan Program PDPP

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (PIG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.

Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga (3) semester atau setahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.


Tarikh Permohonan PDPP 2024:

  • Permohonan dibuka bermula 13 Ogos 2024 (Selasa) - 19 Ogos 2024 (Isnin)

Baca Juga:

Syarat dan Kelayakan Permohonan PDPP 2024:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989
  • dan lain - lain rujuk disini


Calon yang Tidak Layak Memohon PDPP 2024:

  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  • Calon yang diisytiharkan bankrap. 
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
  • Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon Program PDPP 2024:

Baca dengan cara mengemukakan permohonan dibawah:

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/PD
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP)
  • Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
  • Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.
  • Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

Sebarang Pertanyaan Berkaitan PDPP 2024:

Jika terdapat sebarang persoalan boleh menguhubungi alamat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

Selamat Memohon!
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments