MGID ads

Panduan Penuh & Tips Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PDPP


Keputusan permohonan PDPP 2024 telah diumumkan hari ini (03 September 2024) untuk ke fasa seterusnya iaitu panggilan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).  

Calon yang berjaya mendapat panggilan perlu melalui kedua-dua perkara ini. Namun kali ini kita akan melihat apa yang dimaksudkan dengan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).

Apa itu Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)?

Ujian Kecergasan Fizikal atau UKF ialah sebuah ujian yang akan dijalankan untuk menguji tahap kecergasan seorang calon. Dalam konteks ini ialah kecergasan untuk menjadi seorang guru kelak. 

Kerana kita semua tahu untuk menjadi seorang guru yang baik perlu mempunyai stamina yang optimum untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan.

Oleh itu, di peringkat permulaan pengambilan calon PDPP, ujian ini dilaksanakan untuk mencari calon yang mempunyai kecergasan yang diperlukan. UKF amat penting untuk dilepasi oleh calon.


Senarai Ujian & Komponen UKF:

Terdapat beberapa ujian yang dibuat semasa UKF seperti senarai dibawah:

Imej: Carta Alir UKF (Kredit: IPG, KPM)


1. Indeks Jisim Tubuh (IJT) / Body Mass Indeks (BMI)

  • IJT atau yang selalu kita dengar iaitu BMI adalah antara perkara pertama yang akan diukur ketika UKF dijalankan
  • BMI seorang calon perlu dalam kategori normal atau bersesuaian dengan kehendak penilai.
Title: Pengiraan BMI

Title: Pengkelasan BMI


2. Bangun Tubi Variasi

Ujian ini merangkumi 5 kategori iaitu:
  • Tangan menyentuh lutut
  • Siku menyentuh lutut
  • Tangan pada abdomen dan bangkit
  • Tangan di belakang kepala dan bangkit
  • Tangan sentuh skapula dan bangkit

3. Tekan-tubi tanpa henti

Untuk tekan tubi, selalunya ini ramai biasa buat di rumah sebagai exercise. Ujian ini juga ada sebagai salah satu komponen UKF. 

Kaedah tekan tubi adalah berbeza mengikut jantina seperti gambar di bawah.

Imej: Kaedah tekan tubi lelaki dan wanita

4. Jangkauan Melunjur

  • Ujian ini ialah untuk mengukur pergerakan sendi pinggul dan bahagian belakang badan. Lenturkan badan sejauh yang termampu.
Imej: Alat & Cara Jangkauan Melunjur

Imej: Jangkauan Melunjur menguji fleksibiliti (Kredit: SEGAK)

5. Ujian Bleep (Bleep Test)

Ujian Bleep atau Bleep Test bertujuan untuk menguji daya tahan kardiovaskular. Ia adalah sebuah larian sejauh 20 meter.

Prosedur Bleep Test:
  • Calon berdiri di belakang garisan permulaan dan mendengar arahan CD
  • Calon memulakan larian apabila mendengar bunyi "beep" (selepas countdown 5 saat) dan dikehendaki sampai ke garisan (20 meter) sebelum "beep" kedua berbunyi.
  • Selepas "beep" kedua, calon berlari semula ke garisan permulaan.
  • Begitulah seterusnya apabila mendengar sekali lagi "beep" dan larian dilakukan terus menerus.
  • Apabila bunyi "beep" berubah, ini menunjukkan perubahan tingkat kesukaran (kecepatan ritma) dan calon perlu teruskan larian.
  • Calon yang gagal sampai garisan sebaik sahaja bunyi "beep", kad kuning dilayangkan sebagai amaran pertama
  • Calon gagal kali kedua (kesalahan berulang selepas kad kuning) akan dikenakan kad merah dan diarahkan berhenti berlari.
*Calon dinasihatkan berlari mengikut kemampuan dan jangan terlalu memaksakan diri
Imej: Ukuran Jarak Bleep Test


Nota: Ini hanyalah perkongsian sebagai panduan idea ujian yang mungkin dilakukan. Jenis ujian mungkin boleh berbeza mengikut tempat atau faktor lain ketika ujian dijalankan.

Baca Juga:

Panduan Markah UKF:

Berikut merupakan panduan markah untuk UKF:
Imej: Panduan Markah UKF (Kredit: IPG, KPM)




Imej-Imej: Kategori Pemarkahan mengikut Jantina, Umur & Upaya (Kredit: IPG, KPM)

Tips Lulus UKF:

Untuk tips lulus UKF, memandangkan UKF ini berkisar tentang kecergasan, beberapa perkara yang boleh dilakukan menjelang hari ujian:
  • Tingkatkan Stamina - Terdapat ujian yang memerlukan stamina yang tinggi seperti berlari. Pastikan anda bersedia dengan stamina yang baik semasa ujian.
  • Latihan Lenturkan Badan -  Cuba buat excercise lenturkan badan perlahan-lahan iaitu tangan menyentuh kaki dengan lurus setiap hari. 
  • Diet yang sihat - Jaga Pemakanan anda. Jangan sehingga BMI tidak ideal atau melebihi normal
  • Semasa Ujian - Pakai pakaian yang bersesuaian dan jangan memaksakan diri ketika ujian. Buat termampu dan semampunya!

Tarikh-Tarikh Penting PDPP 2024:

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan PDPP 2024. Anda sekarang berada di fasa seperti di dalam garisan hijau dibawah iaitu semakan kelayakan temuduga/UKF dan tarikh berlangsung.

Imej: Tarikh - Tarikh Penting PDPP 2024

Semakan Panggilan Temuduga & UKF:

Mereka yang telah melakukan permohonan boleh menyemak panggilan temuduga dan UKF di laman rasmi dibawah



Selamat Maju Jaya!

*Kongsikan artikel ini jika bermanfaat
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================


SALAMKERJAYA.COM


Post a Comment

0 Comments