MGID ads

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2024/2025


Kenyataan media daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh keputusan permohonan UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) untuk lepasan STPM/Setaraf untuk Sesi 2024/2025.

Tarikh Semakan Keputusan UPU Sesi 2024/2025:

Tarikh Keputusan UPU untuk lepasan STPM/Setaraf Sesi 2024/2025 bermula 06 September 2024 (Jumaat), 12.00 tengah hari - 15 September 2024 (Ahad), 5.00 petang.

Imej: Keputusan UPU 2024/2025

Cara Menyemak Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf:

Terdapat dua (2) cara/platform untuk melakukan semakan keputusan UPU untuk lepasan STPM/Setaraf.

1. Melalui atas talian di laman web berikut:

Imej: Aplikasi UPUPocket

Aplikasi UPUPocket ini boleh di muat turun (download) di telefon pintar atau handphone anda.

Imej: Semakan Keputusan UPU

Pengesahan Terima/Tolak Tawaran UPU Sesi 2024/2025:

Selepas melakukan semakan dan mendapat tawaran, pemohon perlu melakukan pengesahan terima/tolak tawaran tersebut untuk tempoh bermula pada 07 September 2024 (Jumaat) sehingga 15 September 2024 (Ahad).

Cara melakukan pengesahan tersebut perlu dilakukan di laman sesawang universiti yang ditawarkan. Sebagai contoh pemohon mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), maka pengesahan di lakukan di laman sesawang rasmi UMS.

Imej: Pengesahan Terima/Tolak Tawaran

Rayuan UPU Sesi 2024/2025:

Kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat semasa semakan UPU ini, pemohon boleh mengemukakan rayuan.

Cara membuat rayuan ialah melalui laman https://upu.mohe.gov.my/

Tempoh rayuan selama 10 hari bermula 06 September 2024 (Jumaat), 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024 (Ahad), 5.00 petang. 

Imej: Rayuan UPU Sesi 2024/2025


Pertanyaan dan Maklumat Lanjut UPUOnline:

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut hal-hal berbangkit mengenai UPUOnline, boleh menghubungi butiran seperti gambar di bawah:

Imej: Alamat dan No Telefon Untuk Pertanyaan

Kenyataan Media Rasmi KPT:

Berikut merupakan kenyataan rasmi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui laman rasmi Facebook KPT.
Imej: Kenyataan Media Rasmi KPT


Selamat Maju Jaya kepada Pemohon!

*Kongsikan artikel ini jika bermanfaat
____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments