MGID ads

MISDEC - Skim Pembiayaan Khas Lepasan Graduan 2024 / Elaun RM2,400.00!


Kursus Sijil Profesional Percuma MISDEC 2024: Halal Technical Expert - HTEX

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Jabatan: Melaka Industrial Skills Development & Enttrepreneurship Center (MISDEC)

Tempat: Malaysia

Tentang MISDEC:

Sejarah MISDEC

MISDEC mula beroperasi bermula tahun 1996 melalui kerjasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak industri yang berkepentingan. 

MISDEC telah pun berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Visi MISDEC

MISDEC Menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan kepada latihan pembangunan kemahiran teknikal, vokasional, keusahawanan yang berjaya memenuhi keperluan sektor perindustrian dan swasta. 


Misi MISDEC

Memenuhi keperluan Dasar Perindustrian Negara dan Program Transformasi Negara tujuan melahirkan lebih ramai usahawan khususnya graduan IPTA/IPTS.

.


Latihan Yang Ditawarkan MISDEC:

  • Halal Expert HTEX
  • Expert Mechatronic Integrated System (EMIS)

Tarikh Tutup Permohonan MISDEC:

  • Rujuk Iklan

Baca Juga:


Syarat Kemasukan Latihan MISDEC:

Halal Technical Expert

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputra
  • Berumur diantara 19-30 tahun
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma/Ijazah Sarjana Muda Bidang Kejuruteraan/Teknologi dan kursus berkaitan
  • CGPA/PNGK minimum adalah 2.50.
  • Lulus ujian penilaian dan pemilihan MISDEC
  • Tidak bekerja di dalam tempoh latihan.

Expert Mechatronic Integrated System

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputra
  • Berumur dengan tidak melebihi 30 tahun ketika permohonan
  • Lepasan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan dan juga Teknologi.
  • CGPA/PNGK minimum adalah 2.50.
  • Lulus ujian penilaian dan pemilihan MISDEC dan Yayasan Peneraju
  • Tidak bekerja di dalam tempoh latihan.

Kelebihan Latihan MISDEC:

Halal Technical Expert

  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM2,400.00 
  • Asrama/penginapan Disediakan
  • Pengangkutan Disediakan
  • Sarapan dan makan tengah hari disediakan
  • Peluang kerjaya 
*tertakluk terma & syarat

Expert Mechatronic Integrated System

  • Elaun Sara Hidup
  • Asrama/Penginapan Disediakan
  • Pengangkutan Disediakan
  • Makan & Minum Disediakan
  • Penempatan Pekerjaan
*Tertakluk terma & syarat

Cara Memohon Latihan MISDEC:

Permohonan Jawatan hendaklah dibuat di laman rasmi permohonan yang disediakan oleh MISDEC.

Teliti Panduan Permohonan

Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan:
  • Gambar Berukuran Passport (berwarna).
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (salinan disahkan).
  • Salinan Sijil Kelahiran pemohon (salinan disahkan).
  • Salinan Skrol atau Surat Bergraduasi Diploma/Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik pemohon (salinan disahkan).
  • Resume yang terkini.

Sila dapatkan pengesahan bagi salinan-salinan dokumen yang diperlukan daripada mana-mana pegawai berikut :
  • Pengurusan dan Professional (Kumpulan A), Pengamal Undang-Undang, Jaksa Pendamai, Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Imam Masjid, Penggawa, atau Tuai Rumah, atau Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.
Semua dokumen yang dimuat naik perlu disimpan sebelum diserahkan secara manual kepada pusat latihan yang berkenaan sekiranya anda dipanggil untuk proses temuduga (Sekiranya diperlukan).

PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pegawai pusat latihan yang tertera di bawah:

Laman Permohonan Rasmi Latihan MISDECTEKAN DISINI

Selamat Memohon!

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments