MGID ads

Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 229/25 Oktober 2024

Iklan Pengambilan TLDM Oktober 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Oktober 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Jabatan: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Tempat: Malaysia

Tentang TLDM: 

Sejarah TLDM  

TLDM ditubuhkan pada 1934 oleh kerajaan British dengan tujuan kedaulatan perairan Tanah Melayu dan Singapura. Pasukan tersebut diberi nama 'Malay Section of the Royal Navy'.

Pada tahun 1949, pasukan ini berubah nama kepada 'Malayan Naval Force'

Pada 1952, Ratu Elizabeth II menganugerahkan gelaran 'Diraja' kepada pasukan ini dan dikenali sebagai 'Royal Malayan Navy (Tentera Laut Diraja Malaya)'

Selepas kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih pasukan ini daripada kerajaan British pada 01 Julai 1958.

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, 'Tentera Laut Diraja Malaya' bertukar nama kepada 'Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)'.
.

.


Jawatan Yang Ditawarkan TLDM:

Imej: Poster Rasmi Pengambilan TLDM Oktober 2024

  • PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 229/25 [WALK IN]

Tarikh Walk In TLDM:

  • 12HB OKTOBER 2024 - 26HB OKTOBER 2024

Baca Juga:

Syarat-Syarat Kelayakan TLDM:

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki dan Wanita
  • Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 09 Jun 2025
  • Lepasan SPM/SVM - Lelaki dan Wanita
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta - Lelaki
  • Bebas kes jenayah/dadah/juvana
  • Lain-lain syarat melalui poster di atas

Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 229/25:

Imej: Lokasi Walk In TLDM Oktober 2024

Langkah Memohon Jawatan TLDM:

1) Pemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan serta rujuk butiran berikut:
  • Waktu Pendaftaran: 8.00 pagi - 8.30 pagi
  • Waktu Pemilihan: 8.30 pagi - 5.00 petang
  • Pakaian Temuduga: Pakaian sukan dan berkasut sukan
2) Pemohon dikehendaki membawa sijil dan dokumen ASAL berikut:
  • Kad Pengenalan bersama 1 salinan fotostat
  • Sijil Kelahiran bersama 1 salinan fotostat
  • Sijil SPM atau Sijil SVM atau Sijil Diploma/Transkrip Diploma bersama 1 salinan fotostat
  • 1 Salinan fotostet Kad Pengenalan (IC/Passport) Ibu dan Bapa
  • 1 Salinan fotostet sijil kelahiran ibu dan bapa

LAMAN RASMI (TLDM) : TEKAN DISINI

Selamat Memohon!

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments