MGID ads

Permohonan Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Oktober 2024



Musim kemasukan pelajar baharu ke universiti untuk sesi terbaharu 2024/2025 telah bermula. 

Yayasan Bank Rakyat (YBR) pada bulan Oktober ini pula telah buka permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) khas untuk pelajar yang menyambung pengajian dan berkelayakan.

Pengenalan PPBU:

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah satu bentuk bantuan pendidikan yang dikelola Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Matlamat utama pembiayaan ini adalah untuk membantu pemerkasaan dari segi sosial dan ekonomi rakyat Malaysia khasnya pelajar-pelajar baharu universiti.




Tarikh Permohonan PPBU 2024 Dibuka:

Tarikh untuk permohonan PPBU tahun ini bermula 01 Oktober 2024 (Selasa) - 30 Oktober 2024 (Rabu).

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan PPBU:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-Undang
  • Sains Aktuari

    Syarat Kelayakan PPBU:

    • Warganegara Malaysia
    • Pengajian sepenuh masa di universiti
    • Berumur dengan tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon
    • Pengesahan kemasukan daripada Institusi terlibat
    • PNGK - Syarat PNGK/CGPA hendaklah mendapat 3.0 untuk Diploma, Matrikulasi, STPM atau STAM dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz.
    • Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga B40.


    Jumlah/Peratus Bayaran Balik PPBU:

    Imej: Jumlah Peratus Pembayaran Balik Mengikut PNGK

    Jumlah atau peratus bayaran balik pembiayaan ini bergantung kepada keputusan PNGK/CGPA akhir pelajar. Semakin tinggi PNGK/CGPA seseorang pelajar, maka akan semakin rendah bayaran balik dikenakan.

    Cara Memohon PPBU 2024:

    Permohonan perlu dibuat di laman rasmi Yayasan Bank Rakyat

    Imej: Laman Rasmi Yayasan Bank Rakyat

    LAMAN RASMI PERMOHONAN: TEKAN DISINI
    LAMAN RASMI YAYASAN BANK RAKYAT: TEKAN DISINI

    Maklumat Lanjut PPBU 2024:

    Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan pembiayaan ini, anda boleh:
    • Layari laman rasmi diatas, atau
    • Hubungi talian 03-2612 6443/6444/0956 (hari bekerja, 9.00 pagi hingga 5.00 petang), atau
    • e-mel: ppbu@yayasanbankrakyat.com.my
    Selamat Memohon!

    *Kongsikan artikel ini jika bermanfaat

    SALAMKERJAYA.COM

    Post a Comment

    0 Comments