MGID ads

Tebus Sekarang! Baucar Buku Fasa 2 Dibuka Bermula 30 Oktober 2024

Baucar buku inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diteruskan untuk Fasa 2 pada Oktober 2024.

Kali ini baucar buku diberikan menggunakan sebuah platform rasmi atau disebut sebagai pelantar pintar kepada pelajar IPT yang layak.


Tarikh Baucar Buku Fasa 2:

Pelaksanaan untuk baucar buku fasa 2 bermula pada 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Dianggarkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia akan mendapat manfaat.

Imej: KPT


Syarat Kelayakan Baucar Buku Fasa 2:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar IPT (Universiti Awam, Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT
  • Pelajar berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024
  • Peringkat Sijil hingga ijazah doktor falsafah
  • Mod separuh dan sepenuh masa


Jumlah Baucar Buku Fasa 2:

Jumlah baucar yang diberikan adalah sebanyak RM100.00
.


Baca Juga:

Kaedah Penebusan Baucar Buku Fasa 2:

Imej: Jabatan Penerangan

Untuk penebusan baucar buku fasa 2, ia menggunakan satu platform atau pelantar pintar yang disebut MySISWAPLACE

Langkah untuk menebus adalah seperti berikut:
  • Pergi ke platform https://mysiswaplace.my
  • Daftar atau log masuk
  • Semak kelayakan 
  • Jika layak, kod baucar akan dijana
  • Kod baucar yang telah dijana boleh digunakan untuk membeli buku (kod baucar hanya sah digunakan di platform MySISWAPLACE SAHAJA.

Siaran Media KPT:

Imej: Siaran Media KPT


Semoga bermanfaat.
SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments